S

S

It's Love

It's Love
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

17 Jun, 2016

Salam Jumaat...Jom berdoa

Salam Jumaat kepada semua. Semoga ibadah kita pada hari ini diterima oleh Allah. Semoga tuan puan pembaca berada di bawah limpahan rahmat Ilahi dan semoga saya terus dimurahkan rezeki...amiinn

Hari ini kita keluar sikit dari topik pasal minyak ni. Hari ini kita tak jadi orang minyak. Just nak share apa yang saya dengar di radio pagi tadi. Sempena bulan puasa ni kita sebagai orang yang berpuasa mudah untk dimakbulkan doa. Nabi cakap doa orang yang bermusafir, dianiaya dan berpuasa makbul. So ambillah kesempatan bulan mulia ini untuk banyak-banyak berdoa.

Satu lagi, waktu yang terbaik adalah waktu sebelum berbuka dan bersahur. Jom kita amalkan. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah. Ingatlah hidayah itu milik Allah.

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya..


08 Jun, 2016

Salam Ramadhan

Lama relaxscents tak berkongsi apa-apa di blog ni..maklumla bulan puasa dah mula..balik kampung sambut puasa..bulan puasa ni baik kalau kita gunakan minyak pati sebagai terapi untuk pemulihan..apa kata kita gunakan waktu siang kita semasa berpuasa untuk menjalankan terapi minyak pati sebagai alternatif..tak batal puasa pun..

Sebagai tips campurkan minyak pati grapefruit dengan patchouli untuk menghilangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan. Apabila datang keinginan untuk makan atau lapar Gunakan campuran ini dengan menggunakan diffuser anda di pejabat atau rumah atau anda boleh sapukan beberapa titis di dada dan pergelangan tangan anda.

Warga relaxscents mengucapkan Selamat Datang Ramadhan dan Selamat Berpuasa..semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah dan berterusan selepas Ramadhan..


01 Jun, 2016

Air freshener boleh membunuh?

Hari ni kita post bahasa inggeris pulak ye...terjumpa artikel ni dah lama dah tapi baru hari ini ada chan nak share..bukan apa ilmu pengetahuan yang ada baik kita share..mana tau boleh dapat skit tempias pahala kalau dapat baiki kehidupan manusia..apapun baca dan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan bersama..mungkin ramai yang tak sedar lagi..

Panjang skit entry kali ni tapi bacalah dengan sabar..moga kita diberi perlindungan oleh Allah...


How Air Fresheners Are Killing You (Bagaimana penyegar udara membunuh anda)

Written by: Sarah C. Corriher                                Published: 24th September 2009
Source: www.healthwyze.org

19 Mei, 2016

Nak perah minyak..nak perah minyak ..........(Hot pressed vs cold pressed)

Minyak yang sering kita gunakan setiap hari untuk memasak atau kegunaan lain diekstrak daripada bahagian2 tumbuhan samada biji, buah, daun, sayuran dan kekacang. Cara pengekstrakan minyak ini adalah berbeza dan ianya mempengaruhi rasa dan tekstur minyak. Terdapat 2 cara pengekstrakan iaitu secara tekanan suhu tinggi (hot pressed) dan tekanan suhu rendah (cold pressed). Adalah sangat penting untuk kita tahu perbezaan kedua-dua proses ini dan kualiti minyak yang dihasilkan agar kita dapat memilih yang terbaik bagi diri kita.

Apa itu hot pressed?

Di dalam proses hot pressed ini, bahan mentah yang digunakan dipanaskan dengan sumber haba seperti stim. Kadang2 bahan kimia tertentu ditambah untuk membantu mengekalkan bau dan menambah hasil perahan. Minyak yang dihasilkan mempunyai keasidan yang tinggi dan perlu ditapis dan diperhalusi bagi mengurangkan keasidan dan warna kerana minyak yang dihasilkan kebanyakannya berwarna gelap dan tidak menarik untuk pasaran.

16 Mei, 2016

Terima Kasih Cikgu

Hari ni 16 Mei 2016 adalah hari guru. Pilih tarikh ni untuk posting pertama sebab senang nak ingat tarikh ni kan. Senangla nak ingat anniversary (lupa jugak tak taula..hehe). Kali kedua aku berblog. First time dulu sebab niaga online jual baju tidur. Sekarang dah tak buat since bz dengan kerja lain. Tapi blog yang ni lain skit. Kenapa? (sendiri tanya sendiri jawab)

Sebab tujuan utama nak kongsi kegemaran aku sekarang dengan "Natural Healing". Banyak masa aku habis duk baca pasal menda alah ni kat internet and buku. 

Tetiba jer jadi minat. So daripada ilmu tu dibazirkan simpan untuk diri sendiri baik dikongsi bersama moga2 adalah manfaat bersama.
So yang ni mukaddimah jer. Nanti kami cerita lagi apa tu natural healing.

Sekarang duk fikir nak buat tagline..

Terlajak laris? NO
Barulah putih? NO
Mak segala produk? Lagilah NO

Hmmm...apa ek?