S

S

It's Love

It's Love

09 Jun, 2016

10 kegunaan minyak pati...siri 4



Baiklah. Hari ini kita nak sambung siri ke 4, 10 kegunaan minyak pati yang anda boleh aplikasikan di rumah. So jumlah tips yang telah disharekan selepas daripada artikel kali ini adalah 40 tips keseluruhan.

31. Toner kulit semulajadi – campurkan dua titik minyak pati lavender, geranium dan frankincense ke dalam 20 ml air.

32. Mengurangkan tanda penuaan – sapukan minyak pati frankincense 3 kali sehari

33. Menghilangkan tumit merekah – titiskan 3 titis minyak pati lavender kepada sesudu minyak kelapa dan sapu pada kaki sebelum tidur. Jangan lupa pakai stoking.

34. Meredakan batuk dan sinus – tambahkan beberapa titis minyak pati eucalyptus ke dalam air hangat dan tarik nafas dalam2. Anda juga boleh gunakan diffuser anda.

35. Sakit terbakar – campurkan minyak pati lavender dengan aloe vera dan sapukan di kawasan kulit yang melecur.

36. Melegakan gigitan serangga – gunakan minyak pati lavender pada tempat yang digigit

37. Melegakan asma dan bronchitis – anda boleh buat sapuan vapor sendiri dengan mencampurkan minyak pati eucalyptus, peppermint dan minyak kelapa. Sapu pada dada dan leher.

38. Membaiki konsentrasi – sedut bauan minyak pati bergamot, peppermint atau grapefruit untuk menambah konsentrasi anda pada pagi hari.

39. Menambahbaik pengedaran darah – tambah 10 titis minyak pati grapefruit ke dalam air mandian yang hangat.

40. Menghindarkan nafsu makan – sedut bauan minyak pati peppermint dan kulit kayu manis untuk menyekat nafsu makan dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.


Nak jual pantun skit..

Berdagang ke hulu mencari teritip,
Teritip dikirim saudara dan rakan,
Relaxscents dah share 40 tips,
Nak lagi? Nanti kami fikirkan,


Hehehe…