Minyak yang sering kita gunakan
setiap hari untuk memasak atau kegunaan lain diekstrak daripada bahagian2
tumbuhan samada biji, buah, daun, sayuran dan kekacang. Cara pengekstrakan
minyak ini adalah berbeza dan ianya mempengaruhi rasa dan tekstur minyak.
Terdapat 2 cara pengekstrakan iaitu secara tekanan suhu tinggi (hot pressed)
dan tekanan suhu rendah (cold pressed). Adalah sangat penting untuk kita tahu
perbezaan kedua-dua proses ini dan kualiti minyak yang dihasilkan agar kita dapat
memilih yang terbaik bagi diri kita.
Apa itu hot pressed?
Di dalam proses hot pressed ini,
bahan mentah yang digunakan dipanaskan dengan sumber haba seperti stim. Kadang2
bahan kimia tertentu ditambah untuk membantu mengekalkan bau dan menambah hasil
perahan. Minyak yang dihasilkan mempunyai keasidan yang tinggi dan perlu ditapis
dan diperhalusi bagi mengurangkan keasidan dan warna kerana minyak yang
dihasilkan kebanyakannya berwarna gelap dan tidak menarik untuk pasaran.
Apa itu cold pressed?
Berbanding dengan proses hot
pressed, bahan mentah yang digunakan diperah secara terus pada suhu bilik. Cara
ini menghasilkan minyak yang bersuhu rendah dan kurang kandungan asid. Minyak
yang dihasilkan tidak perlu diperhalusi lagi dan dapat digunakan selepas
ditapis untuk mengeluarkan bendasing.
Perbezaan hasil perahan
1. Nilai
nutrisi
Minyak daripada
cold pressed lebih bernutrisi dan selamat. Ia boleh menghindarkan kesan
daripada kepanasan, mengekalkan bahan aktif semulajadi dan mengekalkan rasa serta
bau. Ia adalah pilihan yang sangat tepat bagi bahan penjagaan kesihatan. Kelemahan
proses ini adalah dari segi penghasilan minyak yang sedikit dan menjadikan
harganya dipasaran agak tinggi.
Proses hot
pressed pula menghasilkan minyak yang telah kehilangan nutrisi selepas diproses
dengan suhu yang tinggi. Kandungan
bioaktif di dalam minyak seperti Vitamin E, sterol dan karotenoid akan
berkurangan. Selain itu ia mempunyai kandungan asid yang tinggi dan tidak
selamat untuk digunakan secara terus ke atas kulit selain mempunyai bau, warna
dan tekstur yang tidak baik. Oleh sebab itu minyak hasil perahan pertama ini
perlu diperhalusi (refined) agar lebih sesuai untuk digunakan oleh pengguna.
Walaupun begitu, ada beberapa sumber seperti bijan dan kacang yang lebih sesuai
melalui proses hot pressed untuk menambah hasil dan rasa yang lebih baik.
2. Penggunaan
Minyak cold
pressed tidak berbuih jika digunakan untuk menggoreng tetapi ia tidak
menghasilkan rasa dan bau yang sedap. Minyak daripada hot pressed mempunyai bau
dan rasa yang asli terutama minyak bijan dan kacang.
Penghasilan minyak pati tumbuhan
di pasaran terhasil daripada salah satu daripada proses2 di atas. Adalah amat
penting untuk kita memilih minyak pati yang terhasil daripada proses cold
pressed kerana pengekalan kandungan nutrient yang tinggi akan membantu proses
penyembuhan kesihatan. Selain daripada itu juga ianya selamat digunakan terus
ke atas kulit tanpa perlu dicairkan kerana kandungan asidnya yang rendah.
Harganya adalah sedikit mahal. Jika tuan2 terbaca label yang mengatakan minyak
ini tidak selamat digunakan secara terus ke atas kulit dan perlu dicairkan
dengan carrier oil seperti minyak zaitun atau jojoba, maka ia adalah minyak
daripada hot pressed dan mengandungi campuran bahan kimia penggalak. Kandungan
nutrient semula jadi nya juga rendah dan kuasa penyembuhannya memakan masa yang
lebih lama.
Nak yang mana? Lu pikir la sendiri...........