Carrier oil adalah sejenis minyak sayuran yang terhasil
daripada bahagian lelemak sesuatu tumbuhan terutamanya daripada biji, tempurung
atau kekacang. Kandungan asid dan bahan pemangkin lain yang terdapat di dalam
minyak pati tidak mengizinkan ianya di aplikasi secara terus dengan kulit
manusia. Ini kerana proses perahan minyak ini daripada sumbernya perlu menggunakan
cara yang lebih ekonomikal berbanding kuantiti yang dihasilkan. Rujuk artikel
hot pressed vs cold pressed di sini.
Minyak pati yang diaplikasi terus kepada kulit boleh
menyebabkan iritasi dan alahan pada sesetengah orang. Carrier oil ini digunakan
untuk mencairkan minyak pati ini sebelum digunakan kepada kulit. Sesuai dengan
namanya, carrier oil dinamakan kerana tujuan utama minyak ini adalah membawa
(carrying) minyak pati kepada kulit. Setiap carrier oil membawa sifat teraputik
yang berbeza. Pemilihan carrier oil yang bersesuaian adalah bergantung kepada
objektif penyembuhan yang diperlukan.
Produk-produk kecantikan di pasaran seperti losyen, krim,
minyak badan, pelembap bibir dan bahan pelembap kulit yang lain dibuat menggunakan
minyak sayuran (carrier oil). Contoh carrier oil yang terdapat di pasaran adalah
seperti jojoba, aloe vera, hazelnut, bunga matahari, grapeseed, zaitun, kacang, kelapa dara, bijan, biji delima dan lain-lain lagi.
Minyak pati dan essential oil adalah sangat berbeza.
Perbezaan yang pertama adalah sumber perahan. MInyak pati diperah daripada
bahagian tumbuhan yang mempunyai aroma seperti daun, kulit pokok atau akar
manakala carrier oil disumberkan daripada bahagian lain seperti biji, tempurung
dan kacang. Perbezaan kedua adalah minyak pati mempunyai aroma yang kuat dan
mudah meruwap manakala carrier oil tidak berbau kuat dan tidak meruwap.
Terma carrier oil adalah terhad kepada penggunaannya di
dalam bidang aromaterapi. Akan tetapi di dalam bidang kecantikan kulit, carrier
oil ini diistilahkan sebagai minyak sayuran atau minyak asas. Tidak semua
minyak asas terhasil daripada tumbuhan/sayuran. Ada juga minyak asas yang
terhasil daripada haiwan seperti minyak ikan tetapi minyak ini tidak digunakan
di dalam bidang aromaterapi.
Hmm..tak tau nak translatekan carrier kepada Bahasa Malaysia..apa
ek?
Minyak pembawa?
Minyak bawaan?
Siapa tahu boleh kasi tahu…