S

S

It's Love

It's Love

08 Jun, 2016

Untuk kurus. Turunkan berat badan anda dengan 3 jenis minyak pati ini

Artikel kali ini agak sinonim dengan berpuasa, menurunkan berat badan. Kita tahu bahawa berpuasa sangat bagus untuk kesihatan badan dan diakui oleh pakar-pakar antarabangsa. Selain itu juga dapat membantu menurunkan berat badan asalkan masa berbuka tuh tak makan 5 pinggan..hehe

Kali ini relaxscents nak kongsi tips penggunaan minyak pati untuk menurunkan berat badan. Bila berpuasa ditambah lagi dengan penggunaan minyak pati, penurunan berat badan tu jadi berganda la kan.

Ramai daripada kita hari ini tercari-cari cara bagaimana untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak dengan cara yang selamat dan efektif. Lambakan produk-produk menguruskan badan di pasaran menyebabkan pengguna tidak tahu apa yang terbaik bagi badan kita. Atas sebab itu penggunaan minyak pati sebagai pilihan menurunkan berat badan adalah bertepatan kerana sumber semulajadinya yang telah kita tahu.

Ada 3 jenis minyak pati yang relaxscents percaya dapat membantu menurunkan berat badan.


Pertama: Grapefruit oil (lihat gambar)

 Minyak pati ini bekerja dengan mengaktifkan enzim tertentu di dalam badan yang bertindak mencairkan lemak. Minyak patinya terhasil daripada kulit buah yang mengandungi D-limonene dan membantu menyokong metabolism badan. 

Apabila digunakan secara sapuan luaran ke atas kulit, ia adalah stimulasi terbaik dalam sistem diuretik dan limfatik. 





Sebab inilah, minyak pati ini banyak digunakan sebagai bahan di dalam krim anti selulit. Tapi anda jangan salah naggap grapefruit ini dengan buah limau. Nak dekat sama tapi sebenarnya lain.



Kedua: Cinnamon oil (kulit kayu manis)

Minyak pati ini sangat terbukti mampu untuk mengawal kandungan glukosa di dalam darah anda. Sebab ini jugalah minyak pati ini juga sangat berguna kepada pengidap kencing manis. Ia membantu menyeimbangkan kandungan gula. Kandungan gula yang tidak stabil akan menyebabkan penurunan tenaga dan penambahan berat badan. 



Caranya adalah dengan menambahkan minyak pati ini ke atas buah, ke dalam teh dan bakeri. Ia membantu mengurangkan kadar pembebasan glukosa ke dalam darah.

Ketiga: Ginger oil (halia)


Minyak pati ini membantu mengurangkan kehendak badan kepada gula dan mengurangan keradangan pada system badan. Adalah penting untuk menurunkan berat badan, kita juga harus mengurangkan keradangan tubuh badan, dan menyokong sistem penghadaman dan penyerapan nutrisi.

Kandungan utama di dalam halia membantu tubuh badan kita meningkatkan keupayaan menyerap vitamin dan mineral yang kita makan. Dengan peningkatan serapan mineral dan vitamin ini dapat membantu menyokong tenaga selular badan dan menurunkan berat badan.

Bagaimana cara kita menggunakannya?

Ada berbagai cara. Anda boleh gunakan diffuser dan sebarkan bauannya di dalam rumah atau di meja pejabat anda. Aromanya yang sedap akan mengaktifkan anggota dalam badan yang terlibat dalam penurunan berat badan. Boleh juga dititiskna setitis di dalam air minuman dan amalkan meminumnya setiap hari. Jika anda ingin menggunakannya secara sapuan luar, carrier oil yang sesuai adalah minyak kelapa.