S

S

It's Love

It's Love

31 Mei, 2016

10 kegunaan minyak pati...siri 3

Hari ni nak share lagi 10 benefit minyak pati yang kita boleh buat sendiri di rumah. Kali ni siri 3 fokus kepada kecantikan tubuh badan. So kepada yang suka menjaga kecantikan secara semulajadi silalah buat yer…




21. Syampu DIY – campurkan minyak pati lavender dan rosmary berserta dengan gel aloe vera dan santan kelapa. Gunakan sebagai syampu rambut hari2.


22. Penyegar mulut – Setitik minyak pati peppermint ke dalam secawan air dan kumur.

23. Penawar jeragat – buatkan pencuci muka DIY di rumah dengan campuran minyak pati tea tree dan madu. Lumurkan ke muka kemudian bilas dengan air bersih.

24. Pewangi badan – gunakan setitik minyak pati jasmine kedua-dua pergelangan tangan. Bagi orang perempuan lavender dan vanilla juga sesuai manakala bagi lelaki minyak pati cypress dan clove sangat sesuai.

25. Mengurangkan selulit – campurkan 5 titik minyak pati grapefruit dengan 2 sudu minyak kelapa. Gunakan untuk urutan di tempat bermasalah.

26. Mengurangkan stretch mark -  campurkan 5 titik minyak pati frankincense, myrrh dan grapefruit dengan minyak kelapa dan sapukan di tempat yang diperlukan.

27. Melebatkan rambut – tambahkan minyak pati rosmary kepada syampu untuk melebatkan rambut.

28. Mengurangkan kegatalan kulit kepala – tambahkan minyak pati lavender, cedarwood atau basil kepada syampu sebelum digunakan.

29. Semburan badan – campurkan 5 hingga 10 titik minyak pati kepada 5ml air dan gunakan sebagai semburan pewangi badan.

30. Skrub – tambahkan beberapa titik minyak pati dengan minyak kacang almond ke atas garam kasar atau gula untuk dijadikan skrub buatan anda sendiri.


Selesai siri 3..kebanyakan tips ini kita boleh buat sendiri di rumah...jimat kos dan lebih natural.

Sebagaimana peringatan saya sebelum ini di siri ke 2, pastikan minyak pati yang kita beli adalah dari jenis teraputik dan 100% tulen..selamat bercuti kepada anda yang akan bercuti sempena cuti sekolah ni..jumpa lagi di next 10 tips lagi dalam siri ke 4…

Follow jangan tak follow..OK?