Hari ni relaxscents nak citer skit pasal sakit kepala.
Hampir setiap manusia pernah merasai sakit kepala. Yang tak ada kepala je tak
pernah rasa..hehehe
Setiap hari berjuta manusia sakit kepala dan ada
bermacam-macam sebab. Ada banyak sebab macam kurang vitamin, stress, alergik,
kandungan gula rendah, tekanan darah tinggi atau pengambilan alcohol atau
dadah. Benda yang paling common orang akan ambil adalah pain killer. Akan
tetapi pain killer mempunyai side effect terhadap buah pinggang dan ianya tidak
merawat kepada punca sakit kepala itu.
Minyak pati dapat membantu merawat sakit kepala kerana ianya
selamat. Ia bukan bertindak dengan meredakan sakit sementara tetapi bertindak
terhadap punca sebenar sakit tersebut. Tambahan pula, ia tidak mempunyai
kesan sampingan yang negative dan anda boleh mengawal dos yang diperlukan. Minyak
pati membantu melegakan dan menenangkan kita daripada punca-punca sebenar sakit
kepala yang kita alami.
Setiap sakit kepala mesti mempunyai satu pencetus. Salah satu
daripadanya adalah perubahan hormone di kalangan wanita terutama sebelum atau
selepas datang bulan dimana waktu itu paras estrogen menurun. Hormon yang tidak
stabil juga memberi kesan migraine kepada wanita yang sedang mengandung atau
sedang menopos. Penggunaan minyak pati rosemary dan lavender dapat membantu
melegakan tekanan dan mengurangkan kesakitan. Kedua-duanya digunakan untuk
merawat simtom PMS dan hormone tidak stabil termasuk migraine dan sakit kepala.
Satu lagi pencetus kepada sakit kepala adalah stress. Anda
boleh gunakan minyak pati lavender dan peppermint secara aromatic untuk
menghilangkan stress. Perubahan di dalam rutin tidur anda juga boleh
menyebabkan sakit kepala. Gunakan minyak pati lavender yang dicampur sedikit
air dan renjis di bantal tidur anda untuk merawat insomnia dan tidur anda akan
menjadi lebih lena.
Terdapat 4 jenis minyak pati yang boleh digunakan iaitu
peppermint, lavender, rosemary dan eucalyptus.