
1. Pure essential Oil (Minyak pati tulen) – minyak yang
diekstrak daripada bahan semulajadi tumbuhan. Minyak ini adalah minyak yang
tulen tanpa dicairkan oleh apa2 minyak lain. Ia mempunyai bauan semulajadi yang
tidak kuat sebagaimana bau daripada sumber asal tumbuhan tersebut. Minyak jenis
ini adalah selamat untuk digunakan ke atas kulit. Minyak ini agak mahal
dipasaran namun penggunaannya tidak memerlukan kuantiti yang banyak.
2. Aroma Oil (Minyak aroma) – pati minyak yang
telah dicampurkan dengan bahan pewangi sebagai cara menjual produk. Ini kerana
kebanyakan pengguna memilih pati minyak berdasarkan bau kuat yang dihasilkan.
Minyak ini boleh meninggalkan kesan kepada kulit jika digunakan secara terus.
Banyak digunakan bagi tujuan aromaterapi.
3. Fragrance oil (Minyak wangi) – campuran daripada
bahan pewangi semulajadi dan sintetik yang selamat untuk kulit jika digunakan
secara terus. Banyak digunakan sebagai pewangi seperti car perfume, air
freshener, lilin wangi, hair skin and body care, minyak wangi tanpa dan
beralkohol.
Jadi yang mana satu anda rasa memberi manfaat? Semuanya
memberi manfaat mengikut aplikasi dan tujuan penggunaan.
Tetapi relaxscents lebih menumpukan kepada manfaat perubatan
yang terdapat di dalam sumber alam. Oleh itu kami memilih pure essential oil.
FYI, pure essential oil sepatutnya tidak akan memberi kesan kepada kulit
seperti ruam dan sebagainya kerana ia adalah semulajadi. Jika terdapat
essential oil yang memberitahu anda tentang kesan produk mereka ke atas kulit
maka ianya telah dicampur dengan alcohol atau bahan kimia pemangkin lain semasa
proses pengekstrakan.
Logik kan?..orang asli atau jungle survivor diaorang gunakan
bahan2 hutan secara direct je..kadang tu kunyah2 atau tumbuk2 je bagi hancur
letak terus pada kulit..akar kayu tok nenek kita rebus je minum air tu..sihat
walafiat panjang umur..kedai ubat cina (sensei) diaorang jual apa? kenal Wong
Fei Hung? Poh Chi Lam? (meleret sikit..hehe)..
Tapi ada sesetengah pengeluar essential oil memberi syarat
dilution (pencairan) dengan menggunakan minyak lain (carrier oil) seperti
minyak zaitun, minyak aloevera, minyak jojoba atau minyak kacang untuk digunakan
terus ke atas kulit..hmmm suspicious? Sendiri mau ingatla..
Next time kita cerita pula pure essential oil yang
bermanfaat yang terdapat di sekeliling kita..
Oh ye..lagi satu..pure essential oil biasanya disimpan
menggunakan botol kaca yang gelap..ia tidak boleh terdedah kepada cahaya
matahari kerana akan menyebabkan sifat penyembuhan yang terdapat di dalamnya
hilang kerana sinar UV..