S

S

It's Love

It's Love

16 Jun, 2016

Kenali 4 minyak pati dalam merawat jerawat

Ramai daripada rakyat Malaysia pernah mengalami masalah kulit berjerawat. Malah ada di antara kita yang mengalaminya bukan setakat ketika remaja (peralihan hormon) malah berlanjutan sehingga dewasa. Akan tetapi kita seperti tidak dapat menemui satu solusi kepada masalah ini kerana ia dipengaruhi oleh berbagai-bagai punca. Kebanyakan dari kita akan mencari ubatan berbentuk dadah dan dengan bahan kimia. Banyak wang yang kita belanjakan untuk membeli produk-produk terbaru yang baru menerjah pasaran tetapi hasilnya mengecewakan.

Terdapat 4 jenis minyak pati yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang halus, cantik dan gebu dan merawat punca-punca jerawat secara semulajadi tanpa menjadikan kulit kita tercedera atau sakit. 

Kenapa minyak pati?

Manusia dari segenap lapisan umur menghadapi masalah jerawat yang biasa dan malah ada yang kronik. Masalah jerawat boleh mengakibatkan kesakitan pada kulit dan jiwa. Jiwa? Kerana kehadirannya menyebabkan seseorang mengalami rasa rendah diri yang tinggi untuk bergaul dengan orang lain. Apabila tidak dirawat ia akan menyebabkan kesan parut yang susah untuk dihilangkan.





Antara punca utama jerawat adalah liang tersumbat, bakteria, kulit terlebih berminyak dan sel kulit mati. Faktor-faktor lain seperti hormon, stress dan pengambilan ubat-ubatan juga boleh menambah kesan buruk jerawat. Remaja akan mengalami satu masa dimana kulit mereka berjerawat disebabkan oleh perubahan hormon, genetik dan stress.

Amat penting untuk kita tahu bahawa ubat-ubatan yang dipriskripsi dan bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan kulit kita bertambah rosak. Oleh itu pilihan penyembuhan secara semulajadi dengan minyak pati adalah antara yang paling sesuai. 

Tetapi masalah jerawat tidak hanya menghantui para remaja malahan satu kajian di Brazil pada 2014 mendapati di kalangan dewasa wanita berlaku pertambahan masalah jerawat. Ini disebabkan oleh kesibukan, tekanan, hormon tidak stabil dan kurang tidur.

Mari kita lihat 4 jenis minyak pati yang boleh membantu merawat masalah jerawat secara semulajadi.

Tea tree

Kebaikan minyak pati tea tree ini adalah kerana sifatnya yang antifungal dan anti mikrob. Sekarang ini terdapat pertambahan ubat-ubatan di farmasi yang menambah tea tree sebagai salah satu bahan di dalam produk mereka. Ini menunjukkan bahan ini telah diiktiraf sebagai bahan yang boleh merawat masalah jerawat. Cara menggunakannya adalah dengan titiskan 2 hingga 3 titik minyak pati tea tree ke atas kapas muka dan sapukan pada kawasan yang berjerawat.


Lavender

Sifat utama minyak pati lavender adalah sifat anti mikrob dan anti radangnya. Ia melembutkan kulit, merawat masalah kulit kering dan menghilangkan kesan gelap akibat daripada jerawat. Selain daripada itu juga minyak ini dapat menghilangkan tekanan dan merawat imsonia di kalangan dewasa. Tidur yang berkualiti sangat penting bagi penjagaan kulit dan tubuh badan. Apabila kita stress, kelenjar yang menghasilkan minyak pada kulit kita akan menghasilkan lebih minyak. Sebab itulah kadang-kadang kita pun tak tahu tetiba ada satu dua jerawat timbul di muka kita. Itulah tandanya kita stress..

Gunakan lavender oil dengan diffuser anda secara aromatik atau sapukan pada pergelangan tangan dan leher untuk menghilangkan stress dan mendapat tidur yang lena. Selain itu gunakan minyak ini secara terus kepada kulit juga dapat membantu kerana sifatnya yang anti bakteria.

Clary sage

Kandungan terpenting di dalam minyak pati ini adalah linalyl acetate yang mengurangkan keradangan pada kulit. Ia juga berkesan mengurangkan gejala kulit berminyak yang sering dikaitkan dengan punca jerawat. Minyak ini juga mengawal pertumbuhan bakteria dan membantu mengurangkan rasa stress dan menstabilkan hormon.

Cara penggunaannya juga sama seperti minyak pati lavender atau anda boleh larutkan bersama minyak jojoba atau minyak kelapa dan urutkan ke kawasan yang berjerawat.

Juniper berry

Minyak pati ini agak sukar ditemui di Malaysia dan jarang dijual tetapi kebaikannya antara lain mengandungi sifat anti bakteria dan antimikrob. Ia juga mempunyai sifat antitosik yang melindungi badan dari toksin. Cara penggunaan adalah sama seperti cara penggunaan minyak pati tea tree. Jika kulit sensitif, larutkan dengan menggunakan sedikit minyak jojoba atau kelapa sebelum disapukan kepada kulit.



Sekian sahaja perkongsian pada hari ini hasil pembacaan 2 ke 3 hari ni. Janji nak kongsikan dan tertunai. Lain kali ada benda baru relaxscents akan post lagi. 

Cuma satu aje pesanan. SABAR dan ISTIQAMAH.