S

S

It's Love

It's Love

31 Mei, 2016

10 kegunaan minyak pati...siri 3

Hari ni nak share lagi 10 benefit minyak pati yang kita boleh buat sendiri di rumah. Kali ni siri 3 fokus kepada kecantikan tubuh badan. So kepada yang suka menjaga kecantikan secara semulajadi silalah buat yer…




21. Syampu DIY – campurkan minyak pati lavender dan rosmary berserta dengan gel aloe vera dan santan kelapa. Gunakan sebagai syampu rambut hari2.

30 Mei, 2016

Carrier oil (minyak pembawa? / minyak bawaan?)..

Carrier oil adalah sejenis minyak sayuran yang terhasil daripada bahagian lelemak sesuatu tumbuhan terutamanya daripada biji, tempurung atau kekacang. Kandungan asid dan bahan pemangkin lain yang terdapat di dalam minyak pati tidak mengizinkan ianya di aplikasi secara terus dengan kulit manusia. Ini kerana proses perahan minyak ini daripada sumbernya perlu menggunakan cara yang lebih ekonomikal berbanding kuantiti yang dihasilkan. Rujuk artikel hot pressed vs cold pressed di sini.

10 kegunaan minyak pati....siri 2

Lama tak menulis ni sebab beberapa perkara yang tak dapat dielakkan..apa pun seperti yang dijanjikan siri ke 2 sambungan 10 kegunaan minyak pati yang kita boleh terus aplikasikan di rumah.

24 Mei, 2016

10 kegunaan minyak pati..siri 1

Minyak pati tumbuh-tumbuhan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun oleh berbagai budaya di dunia bagi tujuan perubatan. Penggunaan minyak pati termasuk di dalam aromaterapi, bahan kecantikan dan rawatan kesihatan secara semulajadi. Minyak pati sedang mengalami populariti yang meningkat kerana ia bertindak secara semulajadi tanpa sebarang tindakbalas sampingan. Kesedaran masyarakat akan bahaya produk-produk kegunaan seharian yang mengandungi bahan kimia yang tinggi juga menyumbang kepada pemilihan produk yang berasaskan semulajadi.


Artikel-artikel selepas ini akan kita kongsikan 10 kegunaan minyak pati ini secara umum untuk kita gunakan di dalam aktiviti kita seharian.

23 Mei, 2016

Peradaban Islam Yang Terbaik

Sejarah Aromaterapi dalam Perubatan Alternatif dan Peradaban Islam

Oleh: Prof. Dr. Mohamad Khalid Sabran  ( Ph.D Alternative Medicines )  IBAM
Sumber: https://aurasuccess.wordpress.com

Jika dunia Barat baru mengenal dan mengembangkan aromaterapi pada awal abad ke-20 M, peradaban Islam telah mengembangkannya 13 abad lebih awal. Sebelum kimiawan berkebangsaan Prancis, Rene-Maurice Gattefosse memperkenalkan aromaterapi di Eropah pada 1920-an, para doctor dan kimiawan Muslim seperti al-Kindi, Jabir Ibnu Hayyan serta Ibnu Sina telah mengembangkan metode perubatan  ini pada abad ke-7 M.
Aromaterapi merupakan istilah generik bagi salah satu jenis perubatan  alternatif yang menggunakan bahan cairan tanaman yang mudah menguap, dikenal sebagai minyak esensial, dan senyawa aromatik lainnya dari tumbuhan. Aromaterapi bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang, yang sering digabungkan dengan praktik perubatan alternatif.


Toleh ke belakang melihat sejarah




Sejarah aromaterapi tidak diketahui asal usulnya kerana ia banyak digunakan oleh tamadun dulu2. Minyak pati telah digunakan oleh bangsa cina, india, yahudi, greek, mesir purba dan rom. 

Ada apa dengan minyak

Apa yang boleh dibuat oleh minyak pati kepada kita?
  • Ia adalah bahan tidak toksik dan selamat kepada kita dan keluarga kita
  • Ia adalah bahan yang mesra kepada alam sekitar.
  • Ia membantu meningkatkan kesejahteraan fisikal dan emosi manusia.
  • Ia membantu meningkatkan kualiti hidup.
  • Ia boleh digunakan bagi menggantikan bahan pencuci di  rumah.
  • Ia boleh digunakan sebagai bahan membuat DIY produk kecantikan.
  • Ia sangat versatil dan fleksibel

20 Mei, 2016

Setitik minyak seribu kebaikan


Setitik minyak pati yang diekstrak daripada bahagian2 tumbuhan adalah sangat powerful (dengan izin Allah). Cara penghasilan minyak pati telah kita cerita dalam entry sebelum ni. Cara penghasilan minyak ini telah mengekstrak bersama segala nutrisi yang terdapat di dalam sumber bahan tersebut. Tumbuhan semulajadinya diciptakan Allah dengan system pertahanan tersendiri (minyak terapi) yang melindungi tumbuhan daripada keadaan alam yang merosakkan dan membantunya menyesuaikan diri.

19 Mei, 2016

Nak perah minyak..nak perah minyak ..........(Hot pressed vs cold pressed)

Minyak yang sering kita gunakan setiap hari untuk memasak atau kegunaan lain diekstrak daripada bahagian2 tumbuhan samada biji, buah, daun, sayuran dan kekacang. Cara pengekstrakan minyak ini adalah berbeza dan ianya mempengaruhi rasa dan tekstur minyak. Terdapat 2 cara pengekstrakan iaitu secara tekanan suhu tinggi (hot pressed) dan tekanan suhu rendah (cold pressed). Adalah sangat penting untuk kita tahu perbezaan kedua-dua proses ini dan kualiti minyak yang dihasilkan agar kita dapat memilih yang terbaik bagi diri kita.

Apa itu hot pressed?

Di dalam proses hot pressed ini, bahan mentah yang digunakan dipanaskan dengan sumber haba seperti stim. Kadang2 bahan kimia tertentu ditambah untuk membantu mengekalkan bau dan menambah hasil perahan. Minyak yang dihasilkan mempunyai keasidan yang tinggi dan perlu ditapis dan diperhalusi bagi mengurangkan keasidan dan warna kerana minyak yang dihasilkan kebanyakannya berwarna gelap dan tidak menarik untuk pasaran.

18 Mei, 2016

Beza minyak

Semalam dah janji nak cerita pasal perbezaan minyak2 ni..kat sini kami listkan beberapa jenis minyak di pasaran..


1. Pure essential Oil (Minyak pati tulen) – minyak yang diekstrak daripada bahan semulajadi tumbuhan. Minyak ini adalah minyak yang tulen tanpa dicairkan oleh apa2 minyak lain. Ia mempunyai bauan semulajadi yang tidak kuat sebagaimana bau daripada sumber asal tumbuhan tersebut. Minyak jenis ini adalah selamat untuk digunakan ke atas kulit. Minyak ini agak mahal dipasaran namun penggunaannya tidak memerlukan kuantiti yang banyak.

17 Mei, 2016

Relaxscents

Natural Healing kalau ikut pemahaman yang mudah adalah cara menyembuhkan masalah kesihatan tubuh badan dengan menggunakan cara semulajadi tanpa penggunaan ubat ubatan berasaskan kimia atau dadah. Senang paham kan?..so tak payah cerita panjang2..

Ada macam2 jenis.




1. Herba

2. Aromaterapi
3. Meditasi
4. Diet seimbang (makanan)
5. Akupuntur
6. Refleksologi
7. Magnetik
8. Dan lain-lain


Banyak sebenarnya tapi yang menjadi fokus utama relaxscents adalah penggunaan herba dan tumbuh tumbuhan. Macam biasa aje kan cerita2 pasal herba ni dah banyak.


Hmm...kita fokus kan lagi

Relaxscents adalah gabungan dua perkataan iaitu Relax (tenang) dan Scents (bauan)..so dalam bahasa melayu "bau-bauan tenang"... Aromaterapi? Bukann...

Tetapi lebih kepada penggunaan minyak pati tumbuhan-tumbuhan yang terhasil daripada beberapa proses. Selama ini kita tau penggunaan minyak ini hanya bertujuan penghasilan bau yang menyenangkan tetapi sebenarnya faedahnya adalah lebih daripada itu. Nanti kita akan bincangkan perbezaan antara pati minyak yang ada di sekeliling kita ini supaya kita faham perbezaan setiap satu daripadanya.

Dalam blog ini setiap post akan memberitahu para pembaca budiman semua faedah-faedah yang boleh diperolehi dari setiap pati minyak ini. Selain itu kita juga akan melihat kebanyakan kandungan2 bahan atau produk2 yang ada dipasaran untuk kita lebih kenal apa yang selalu kita gunakan seharian. Tunggu...


Akhir kalam

"Fahamilah bahawa Allah telah menjadikan alam ini farmasi terbesar di dunia ini sebagai rahmat kepada hambaNya"

16 Mei, 2016

Terima Kasih Cikgu

Hari ni 16 Mei 2016 adalah hari guru. Pilih tarikh ni untuk posting pertama sebab senang nak ingat tarikh ni kan. Senangla nak ingat anniversary (lupa jugak tak taula..hehe). Kali kedua aku berblog. First time dulu sebab niaga online jual baju tidur. Sekarang dah tak buat since bz dengan kerja lain. Tapi blog yang ni lain skit. Kenapa? (sendiri tanya sendiri jawab)

Sebab tujuan utama nak kongsi kegemaran aku sekarang dengan "Natural Healing". Banyak masa aku habis duk baca pasal menda alah ni kat internet and buku. 

Tetiba jer jadi minat. So daripada ilmu tu dibazirkan simpan untuk diri sendiri baik dikongsi bersama moga2 adalah manfaat bersama.
So yang ni mukaddimah jer. Nanti kami cerita lagi apa tu natural healing.

Sekarang duk fikir nak buat tagline..

Terlajak laris? NO
Barulah putih? NO
Mak segala produk? Lagilah NO

Hmmm...apa ek?