Setitik minyak pati yang
diekstrak daripada bahagian2 tumbuhan adalah sangat powerful (dengan izin
Allah). Cara penghasilan minyak pati telah kita cerita dalam entry sebelum ni.
Cara penghasilan minyak ini telah mengekstrak bersama segala nutrisi yang
terdapat di dalam sumber bahan tersebut. Tumbuhan semulajadinya diciptakan
Allah dengan system pertahanan tersendiri (minyak terapi) yang melindungi
tumbuhan daripada keadaan alam yang merosakkan dan membantunya menyesuaikan diri.
Minyak pati yang terhasil terdiri
daripada molekul yang sangat kecil yang boleh menembusi sel badan dan ada
sebahagiannya menembusi system darah tubuh badan kita. Ia adalah sangat penting
untuk mengetahui bahawa minyak pati sangat berbeza dengan minyak lemak yang mengandungi
molekul yang besar dan tidak boleh menembusi badan (tiada faedah terapi).
Terdapat 4 cara penggunaan minyak
pati iaitu:
Sapuan luar
Minyak pati mempunyai molekul
yang sangat kecil dan ringan. Berat molekulnya dianggarkan dalam lingkungan
1000m (m adalah unit berat bagi molekul). Mengikut kajian, untuk meresap ke
dalam sel badan, sesuatu bahan perlu mempunyai berat molekul yang kurang
daripada 1000m. Ini menunjukkan minyak pati boleh diserap oleh sel tubuh badan
dan menembusi saluran darah dan dialirkan keseluruh badan.
Aromatik
Minyak pati juga boleh diserap ke
dalam saluran darah melalui sedutan aromanya melalui hidung. Bilangan salur
darah yang banyak di dalam paru2 manusia menyerap minyak pati ini dan mengalirkannya
ke seluruh badan. Penggunaan alat diffuser dapat membantu.
Memasukkan ke dalam tubuh (makan)
Adalah perlu diingat yang minyak
pati sangat mujarab sebagai ubat. Akan tetapi pengambilannya secara terus harus
berhati2 dan perlu dirujuk kepada yang pakar. Biasanya hampir kesemua minyak
pati selamat untuk diambil tetapi perlu dicairkan dengan air yang banyak. (satu
titik sahaja dengan bergelas-gelas air). Cara ini tidak dinasihatkan tanpa
rujukan yang pakar.
Produk penjagaan badan
Hari ini, penggunaan minyak pati
yang paling banyak adalah menjadikannya sebagai bahan di dalam produk penjagaan
tubuh badan seperti syampu, sabun, gel rambut, ubat gigi, pelembab bibir dan
sebagainya.
So sekarang ini apabila anda
membeli sesuatu produk anda akan faham akan isi kandungan dan kegunaan sesuatu
bahan itu mengikut kesesuaian produk itu. Dengan kata lain anda baca label dan
faham.
Semoga artikel kali ini
bermanfaat.