S

S

It's Love

It's Love

17 Mei, 2016

Relaxscents

Natural Healing kalau ikut pemahaman yang mudah adalah cara menyembuhkan masalah kesihatan tubuh badan dengan menggunakan cara semulajadi tanpa penggunaan ubat ubatan berasaskan kimia atau dadah. Senang paham kan?..so tak payah cerita panjang2..

Ada macam2 jenis.




1. Herba

2. Aromaterapi
3. Meditasi
4. Diet seimbang (makanan)
5. Akupuntur
6. Refleksologi
7. Magnetik
8. Dan lain-lain


Banyak sebenarnya tapi yang menjadi fokus utama relaxscents adalah penggunaan herba dan tumbuh tumbuhan. Macam biasa aje kan cerita2 pasal herba ni dah banyak.


Hmm...kita fokus kan lagi

Relaxscents adalah gabungan dua perkataan iaitu Relax (tenang) dan Scents (bauan)..so dalam bahasa melayu "bau-bauan tenang"... Aromaterapi? Bukann...

Tetapi lebih kepada penggunaan minyak pati tumbuhan-tumbuhan yang terhasil daripada beberapa proses. Selama ini kita tau penggunaan minyak ini hanya bertujuan penghasilan bau yang menyenangkan tetapi sebenarnya faedahnya adalah lebih daripada itu. Nanti kita akan bincangkan perbezaan antara pati minyak yang ada di sekeliling kita ini supaya kita faham perbezaan setiap satu daripadanya.

Dalam blog ini setiap post akan memberitahu para pembaca budiman semua faedah-faedah yang boleh diperolehi dari setiap pati minyak ini. Selain itu kita juga akan melihat kebanyakan kandungan2 bahan atau produk2 yang ada dipasaran untuk kita lebih kenal apa yang selalu kita gunakan seharian. Tunggu...


Akhir kalam

"Fahamilah bahawa Allah telah menjadikan alam ini farmasi terbesar di dunia ini sebagai rahmat kepada hambaNya"