S

S

It's Love

It's Love

24 Mei, 2016

10 kegunaan minyak pati..siri 1

Minyak pati tumbuh-tumbuhan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun oleh berbagai budaya di dunia bagi tujuan perubatan. Penggunaan minyak pati termasuk di dalam aromaterapi, bahan kecantikan dan rawatan kesihatan secara semulajadi. Minyak pati sedang mengalami populariti yang meningkat kerana ia bertindak secara semulajadi tanpa sebarang tindakbalas sampingan. Kesedaran masyarakat akan bahaya produk-produk kegunaan seharian yang mengandungi bahan kimia yang tinggi juga menyumbang kepada pemilihan produk yang berasaskan semulajadi.


Artikel-artikel selepas ini akan kita kongsikan 10 kegunaan minyak pati ini secara umum untuk kita gunakan di dalam aktiviti kita seharian.


1. Penghalau nyamuk – campurkan sesudu minyak kelapa dengan setitis minyak pati serai (lemongrass), citronella dan eucalyptus. Sapukan di anggota badan yang terdedah.

2. Pewangi pakaian – tambahkan 15 titis minyak pati kesukaan anda atau pilih bau yang menyenangkan ke dalam mesin basuh sebelum mencuci pakaian.

3. Membersihkan kuali/periuk – campurkan beberapa titis minyak pati lemon bersama air panas untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada periuk atau kuali.

4. Pembunuh serangga perosak – semburkan campuran minyak pati oren dan cengkih (clove).

5. Menghilangkan kulapuk dan kulat – gunakan minyak pati tea tree oil pada diffuser anda untuk menghapuskan kulapuk, kulat dan pathogen lain di dalam udara.

6. Pewangi rumah – gunakan diffuser anda dengan minyak pati daripada campuran cengkih (clove), rosemary dan oren.

7. Pembersih udara – gunakan minyak pati kulit kayu manis (cinnamon) dengan diffuser anda. Sifat anti bakterianya akan membersihkan udara yang anda dan keluarga hirup.

8. Kurangkan tekanan (stress) – gunakan diffuser di rumah anda bersama minyak pati lavender di sekitar rumah atau di bilik tidur untuk mengurangkan tekanan (stress).

9. Menambah khusyuk beribadah – gunakan minyak pati frankincense bersama diffuser anda untuk menambah konsentrasi ibadah.

10. Menghilangkan bau tong sampah – titiskan dengan minyak pati lemon (2 titis) dan tea tree oil (2 titis) ke atas setiap satu butir kapas. Letakkan di dasar tong sampah.

Sekian dulu untuk entry kali ini…berkongsi 10 kegunaan minyak pati ini..next time relaxscents akan share lagi 10