S

S

It's Love

It's Love

30 Mei, 2016

10 kegunaan minyak pati....siri 2

Lama tak menulis ni sebab beberapa perkara yang tak dapat dielakkan..apa pun seperti yang dijanjikan siri ke 2 sambungan 10 kegunaan minyak pati yang kita boleh terus aplikasikan di rumah.







11. Skrub untuk bathtub – campurkan setengah cawan baking soda, setengah cawan cuka dan 5 titik minyak pati bergamot atau lime. Jadikan ia bahan untuk mencuci bathtub anda.

12.  Hilangkan bau dapur – tambahkan beberapa titik minyak pati bunga cengkih, kayu manis atau lemon ke dalam kuali yang sedang didihkan air. WARNING: Jangan sampai air dalam kuali kering kerana boleh mengakibatkan kebakaran.

13. Penyegar bilik mandi – letakkan segumpal kapas yang telah dicelupkan dengan minyak pati seperti lemon atau lime di belakang pintu atau mana-mana bahagian di dalam bilik air.

14. Penyegar peti sejuk – Semasa membersihkan peti sejuk rumah anda, titikkan beberapa titik minyak pati lemon, grapefruit atau bergamot ke dalam air bilasan kain buruk anda.

15. Minuman teh – titiskan 1 atau 2 titis minyak pati peppermint ke dalam minuman teh anda untuk rasa lebih menyegarkan.

16. Menghilangkan bau rokok – campurkan 4 titik minyak pati rosemary, tea tree dan eucalyptus bersama sedikit air di dalam botol semburan dan semburkan di sekeliling rumah.

17. Hilangkan bau kasut – Gunakan beberapa titik minyak pati tea tree dan lemon untuk menghilangkan bau kasut yang tidak menyenangkan.

18. Menambah kualiti tidur – renjiskan sedikit minyak pati lavender ke atas bantal anda dan tidurlah dengan nyenyak.

19.   Menghilangkan tekanan – Gunakan setitik minyak pati lavender ke atas tangan, sapukan dan tekupkan di hidung. Tarik nafas dengan menghirup bauan daripada tangan anda itu.

20.   Menenangkan bayi menangis – renjiskan minyak pati sedikit pada anak patung atau bantal peluk anak kecil. Minyak pati yang boleh digunakan adalah lavender atau chamomile.

Selesai 20 kegunaan..InsyaAllah kita akan tambah 10 lagi dalam penulisan seterusnya. Diharapkan perkongsian ini akan terus memberi manfaat.



Ops..satu lagi pesanan..pastikan minyak pati yang anda gunakan adalah dari gred teraputik..jangan guna minyak aromaterapi yang jual murah-murah macam kat kedai 5 ringgit or 2 ringgit..yang itu akan effect pada kulit terutama yang ada alahan dan tidak ada kesan penyembuhan malah boleh memudaratkan kesihatan..hati-hati