S

S

It's Love

It's Love

23 Mei, 2016

Toleh ke belakang melihat sejarah




Sejarah aromaterapi tidak diketahui asal usulnya kerana ia banyak digunakan oleh tamadun dulu2. Minyak pati telah digunakan oleh bangsa cina, india, yahudi, greek, mesir purba dan rom. 



Pada masa dahulu minyak pati digunakan di dalam kosmetik, minyak wangi dan perubatan. Ada juga yang digunakan sebagai bahan spiritual.


Pada tahun 1928, seorang ahli kimia perancis bernama Rene-Maurice Gattefosse telah menggunakan minyak pati lavender untuk merawat luka melecur ditangannya. 


Beliau akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan kajian ke atas minyak lavender bagi tujuan menyembuhkan luka, melecur dan jangkitan kuman pada kulit. Dengan ini lahirla sains berkaitan dengan aromaterapi. Tujuan utama beliau adalah membantu dalam rawatan askar yang tercedera semasa perang dunia pertama. Penggunaan minyak pati telah tersebar meluas ke sekitar Eropah dan penggunaannya dikembangkan lagi kepada minyak urutan dan kecantikan. 

Di Amerika Syarikat aromaterapi tidak popular sehinggalah pada tahun 80an. Ianya bermula setelah minyak pati ditambah sebagai sebahagian bahan di dalam pembuatan losyen, lilin dan produk wangian lain. 

Pada masa sekarang terdapat ramai ahli terapi seperti pakar aromaterapi, pakar terapi fisikal, pakar terapi urutan termasuk doktor juga yang menerima latihan profesional. Mereka menggunakan minyak pati di dalam terapi mereka dan belajar menggunakan minyak pati dengan betul.