Baiklah. Hari ini kita nak sambung siri ke 4, 10 kegunaan
minyak pati yang anda boleh aplikasikan di rumah. So jumlah tips yang telah
disharekan selepas daripada artikel kali ini adalah 40 tips keseluruhan.
31. Toner kulit semulajadi – campurkan dua titik minyak pati
lavender, geranium dan frankincense ke dalam 20 ml air.
32. Mengurangkan tanda penuaan – sapukan minyak pati frankincense
3 kali sehari
33. Menghilangkan tumit merekah – titiskan 3 titis minyak pati
lavender kepada sesudu minyak kelapa dan sapu pada kaki sebelum tidur. Jangan lupa
pakai stoking.
34. Meredakan batuk dan sinus – tambahkan beberapa titis minyak
pati eucalyptus ke dalam air hangat dan tarik nafas dalam2. Anda juga boleh
gunakan diffuser anda.
35. Sakit terbakar – campurkan minyak pati lavender dengan aloe
vera dan sapukan di kawasan kulit yang melecur.
36. Melegakan gigitan serangga – gunakan minyak pati lavender
pada tempat yang digigit
37. Melegakan asma dan bronchitis – anda boleh buat sapuan vapor
sendiri dengan mencampurkan minyak pati eucalyptus, peppermint dan minyak
kelapa. Sapu pada dada dan leher.
38. Membaiki konsentrasi – sedut bauan minyak pati bergamot,
peppermint atau grapefruit untuk menambah konsentrasi anda pada pagi hari.
39. Menambahbaik pengedaran darah – tambah 10 titis minyak pati
grapefruit ke dalam air mandian yang hangat.
40. Menghindarkan nafsu makan – sedut bauan minyak pati
peppermint dan kulit kayu manis untuk menyekat nafsu makan dan menstabilkan
kandungan gula dalam darah.
Nak jual pantun skit..
Berdagang ke hulu mencari teritip,
Teritip dikirim saudara dan rakan,
Relaxscents dah share 40 tips,
Nak lagi? Nanti kami fikirkan,
Hehehe…